Latar Belakang

hutanan

 

Pada tahun 1980 KPK telah memulakan operasi sebagai sebuah syarikat pembalakan dan telah diberi konsesi seluas 14,200 ekar di kawasan Kuala Krai Selatan (Sungai Ciku, Sungai Chali). Selepas itu KPK mengorak langkah ke arah mencapai misi sebagai sebuah syarikat perkayuan bersepadu dengan menubuhkan Kilang papan di Kampung Stong, Kemubu yang mula beroperasi pada tahun 1983 dengan pemprosesan kayu secara aktif. Bagi memastikan bekalan balak yang mencukupi dan berterusan, KPK telah diperuntukkan satu konsesi hutan seluas 92,449.39 ha di kawasan Hutan Simpan Berangkat, Balah, Gunung Setong Selatan, Utara dan Tengah di bawah Pentadbiran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat. Konsesi ini diusaha hasilkan secara pengurusan hutan berkekalan dengan pusingan tebangan selama 30 tahun. Kawasan tersebut juga diusahakan mengikut kuota yang dibenarkan iaitu seluas 30,000 ekar setiap 5 tahun. Dengan anggaran seluas 6,000 ekar setahun merangkumi lebih kurang 9 kompartmen.

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.