STRATEGI

Beberapa strategi baru telah diatur untuk dilaksanakan bagi tujuan pemulihan dan pembesaran syarikat:

STRATEGI JANGKA PENDEK

Pemulihan dan pengukuhan operasi dan kewangan:

  • Pengukuhan operasi unit-unit pengeluaran syarikat (pembalakan dan kilang papan).
  • Kawalan dan penjimatan perbelanjaan.
  • Pengurusan aset secara cermat dan terancang.

Penjanaan hasil yang memuaskan melalui:

  • Penumpuan terhadap pengeluaran dan jualan produk yang mempunyai pasaran yang baik.
  • Meningkatkan mutu produk untuk mendapat harga premium yang terbaik dalam pasaran.
  • Memaksimumkan penghasilan (recovery) dari bahan mentah yang terhad.
  • Mendapat pasaran yang baru bagi barangan keluaran KPK supaya tidak bergantung kepada sesuatu pasaran atau pelanggan sahaja.

STRATEGI JANGKA PANJANG

Pemulihan dan pengukuhan operasi dan kewangan:

  • Pembesaran aktiviti yang sedia ada (pembalakan dan pengeluaran kayu gergaji).
  • Menceburi dalam bidang industri hiliran bersepadu seperti kilang tanur (Kiln Drying), kilang kumai (Moulding), tanggam jejari (Finger joint) dan lain-lain. komponen perabot.
  • Mempelbagaikan aktiviti perniagaan syarikat bagi mengekalkan daya saing.
  • Mengenal pasti dan meneroka sumber berasaskan hutan untuk menjana pendapatan tambahan.
  • Menyertai secara langsung dalam pasaran eksport berasaskan kayu.

 

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.