PENGENALAN

Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPK) telah ditubuhkan pada 26 Januari 1979 dengan modal dibenarkan sebanyak RM 20 juta dan modal berbayar sebanyak RM 6 juta. Dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK). Pada tahun 1980 KPK memulakan operasi sebagai sebuah syarikat pembalakan dan telah diberi konsesi seluas 14,200 ekar di kawasan Kuala Krai Selatan (Sungai Ciku, Sungai Chali). Selepas itu KPK mengorak langkah ke arah mencapai misi sebagai sebuah syarikat perkayuan bersepadu dengan menubuhkan Kilang papan di Kampung Stong, Kemubu yang mula beroperasi pada tahun 1983 dengan pemprosesan kayu secara aktif. Bagi memastikan bekalan balak yang mencukupi dan diperoleh secara berterusan, KPK telah diperuntukkan satu konsesi hutan seluas 92,449.39 ha di kawasan Hutan Simpan Berangkat, Balah, Gunung Stong Selatan, Utara dan Tengah di bawah Pentadbiran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat. Konsesi ini diusaha hasilkan secara pengurusan hutan berkekalan dengan pusingan tebangan selama 30 tahun. Kawasan tersebut juga diusahakan mengikut kuota yang dibenarkan iaitu seluas 20,000 ekar setiap 5 tahun. Dengan anggaran seluas 4,000 ekar setahun.

Dalam tahun 1990, KPK telah membuat beberapa tambahan dan pembangunan untuk dilaksanakan di kilang bagi memperbesarkan  dan mengukuhkan aktiviti yang sedia ada. Antaranya;

i. Pengubahsuaian Kilang Papan

ii. Pembinaan Kilang Tanur (Kiln Drying)

iii. Pembinaan Kilang Kumai (Moulding)

Pada tahun 2002, KPK telah menambah pelaburan 1.3 juta untuk menaikkan taraf KD dan pembelian Dandang (Boiler) baru dalam langkah yang lebih serius ke arah aktiviti hiliran.

Dengan menjalankan aktiviti pembalakan pada asalnya dan kemudian melaksanakan aktiviti pengilangan kayu sehingga di peringkat hiliran, pada masa sekarang KPK telah berjaya meningkatkan modal berbayarnya kepada RM 19,605,449 juta.

 

Nama Syarikat: Kompleks Perkayuan Kelantan Sendirian Berhad
No. Pendaftaran: 44891-T
Alamat Surat Menyurat:
Tingkat 7, Bangunan PKINK,
Jalan Tengku Maharani,
15000 Kota Bharu, Kelantan – Malaysia.
No. Telefon (HQ): +6 (09) 741 4240, +6 (09) 741 4242
Faksimili: +6 (09) 741 4241, +6 (09) 741 4243
E-mel: kpksb@kpksb.com
Alamat Pejabat Operasi Kilang/ Perhutanan:
Kg. Stong, Kemubu, Ulu Kelantan,
18000 Kuala Krai, Kelantan – Malaysia.
Pejabat Operasi KilangNo. Telefon: +6 (09) 936 0027, Faksimili: +6 (09) 936 0026
Pejabat Operasi PerhutananNo. Telefon: +6 (09) 936 0013, Facsimile: +6 (09) 936 0018
Jenis Perniagaan: Industri Perkayuan
Syarikat Milik Penuh Kepada: Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)

 

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.