Lain – lain Aktiviti

RANCANGAN PEMULIHARAAN HUTAN (IRP)

 

IRP adalah program yang dirangka di KPK untuk membaik pulih hutan yang telah mengalami proses pembalakan di masa lalu. Penjagaan alam sekitar yang sangat dititik beratkan di dalam proses pembalakan sekarang adalah pencegahan yang berkesan terhadap kerosakan alam sekitar. Selain merawat kawasan hutan, program ini merangkumi aspek-aspek pemeliharaan hidupan liar, komuniti masyarakat setempat dan penyelidikan berterusan. KPK berpendapat bahawa kerja-kerja pemuliharaan hutan bukan setakat untuk mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan tetapi adalah usaha berterusan untuk memastikan kerja pemuliharaan dan tanaman semula hutan benar-benar berupaya memulihkan keadaan yang mengalami kerosakan, selain berusaha meminimakan kerosakan semasa pembalakan dijalankan. KPK sentiasa mengalu-alukan bantuan, penyelidikan. teguran dari mana-mana pihak dalam usahanya memelihara hutan.

 

irp irp1 irp2 irp3

irp4 irp5

 

KAJIAN IMPAK ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL IMPACT ASSESSMENT)

 

KPK telah menjalankan kajian impak alam sekitar di dalam kawasan perjanjian dengan bantuan pakar-pakar dari beberapa buah universiti tempatan. Kajian mendapati impak terhadap alam akibat pembalakan adalah minimum dan masih jauh dari tahap serius. Sungai-sungai terutama Jenera dan Puian yang melalui konsesi KPK masih menggamit pengunjung untuk mandi-manda. Hal ini jelas di lihat semasa program eco-tourism berlangsung di konsesi KPK. Penjagaan terhadap sumber air dan hakisan tanah adalah komitmen berterusan KPK.

kj kj1 kj2kj3

kj5kj4

 

HIDUPAN LIAR

 

Di dalam konsesi KPK, di jangka terdapat hidupan liar saperti harimau, gajah, seladang dan lain-lain selain pelbagai spesis burung dan ikan. Ini dapat disaksikan dari adanya kesan tapak, najis, bunyian serta kesan-kesan lain yang menggambarkan haiwan-haiwan ini terdapat dengan agak banyak di kawasan KPK. Badan yang menjaga hal ini, PERHILITAN sering mengadakan rondaan , intipan dan kajian mengenai perkara ini. Dalam maksud yang sama, KPK mengharamkan pemburuan oleh kakitangan dan pekerjanya akan tetapi tidak mempunyai kuasa untuk mencegah perbuatan orang lain kerana tidak diwakilkan kuasa untuk berbuat demikian. Sekadar berperanan untuk melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa tentunya tidak berkesan kerana pemburu dan pihak yang berkepentingan begitu licik dan mahir dalam aktiviti mereka termasuk cara-cara bagaimana melepaskan diri dari tindakan. KPK tidak membantah apa-apa peranan yang hendak dimainkan oleh mana-mana pihak dalam menjaga hidupan liar sebagai contoh KPK berkerjasama dengan pihak lain untuk memajukan satu santuari ikan kelah di kawasan KPK, malah projek eco tour KPK turut mensasarkan peminat dan pengkaji hidupan liar sebagai bakal peserta dan keindahan alam dengan kehidupan sebagai satu daya tarikan pelancongan. KPK berpendapat ia seharusnya di wakil kuasa yang secukupnya dalam hal ini kerana hidupan liar merupakan aspek yang penting dalam pengurusan hutan secara berkekalan dan KPK bersedia memainkan peranan dalam hal ini.

 

hidupan hidupan1 hidupan2 hidupan3

hidupan4 hidupan5

 

KOMUNITI SETEMPAT (ORANG ASLI)

 

Terdapat beberapa perkampungan orang asli di dalam kawasan perjanjian KPK seperti Pasik, Kuala Wok, Bering, Jadam, Dangdut, Gob, Simpor dan beberapa kampung lain yang kecil. Kebajikan mereka dijaga oleh Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA). Aktiviti perniagaan KPK banyak menyumbang kepada kehidupan mereka. Antaranya ialah adanya jalan masuk ke kampung pendalaman bagi memudahkan perjalanan bekalan kehidupan mereka, jalan-jalan pembalakan KPK membolehkan hasil tanaman dan hasil hutan mereka diangkut keluar untuk di pasarkan dengan lebih mudah, ada di antara mereka yang berkerja dengan KPK khasnya dengan unit pembalakan dan unit jalan, program Eco Pelancongan KPK membolehkan mereka turut serta dari segi sumbangan buruh, persembahan kebudayaan dan jualan hasil kraftangan mereka selain mendapat simpati dan bantuan secara terus dari orang luar. Aktiviti KPK tidak mengganggu kehidupan mereka malah KPK sentiasa prihatin terhadap kedudukan tanah adat, kebun orang asli, perkuburan dan lain-lain yang bersabit dengan orang asli malah sebahagian dari kawasan perjanjian KPK di khaskan untuk tapak Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) untuk kebajikan orang asli. KPK menubuhkan jawatankuasa khas peringkat pengurusan KPK khusus mengenai kebajikan orang asli di kawasan KPK.

kom kom1 kom2 kom3

 

TANAMAN HERBA

 

KPK sedang dalam peringkat kajian untuk menyertai bidang tanaman herba. Didapati terdapat banyak spesis herba yang popular tumbuh di kawasan KPK, termasuklah spesis yang kurang di kenali. Kakitangan KPK khasnya unit tapak semaian telah didedahkan dengan kaedah-kaedah penanaman herba, pengenalan, lokasi dan pasaran herba. Kajian akan dijalankan untuk mengenalpasti potensi projek dan jika didapati berdaya maju, ianya mungkin disepadukan dengan projek ladang hutan yang bakal diusahakan. Beberapa spesis didapati dengan banyaknya di kawasan KPK termasuklah Tongkat Ali, Haji Samat, Kacip Fatimah dan lain-lain. Antara kaedah yang dicadangkan ialah menanam spesis herba yang berpotensi dipasarkan dan mencari spesis herba liar dan memasarkan secara terus kepada pembeli yang berminat. Spesis herba juga ada yang dikenalpasti boleh dijadikan pokok hiasan/landskap dan akan dimajukan sama mengikut kaedah yang sesuai. Buat permulaan, KPK bercadang mewujudkan taman herba yang tersendiri mengandungi semua spesis yang boleh didapati. Taman ini selain untuk tarikan orang ramai, akan berperanan sebagai tempat kajian dan pembangunan spesis herba yang diusahakan oleh KPK.

 

herba herba1 herba3 herba4

herba5  herba6herba7

 

KEPELBAGAIAN SPESIS TUMBUHAN

 

Terdapat pelbagai spesis tumbuhan yang boleh dilihat.

kpg kpg1 kpg2 kpg3

kpg4 kpg5

 

EKO PELANCONGAN (ECO TOURISM)

 

KPK menjemput pihak luar untuk melawat dan melihat sendiri program-program yang dijalankan di KPK. Mereka datang untuk menikmati keindahan semula jadi, di samping diberikan taklimat tentang operasi pembalakan dan pemuliharaan yang diusahakan oleh KPK. Selain 4×4 ekspedisi, perkhemahan, kajian/pembangunan, penyelidikan saintifik turut digalakkan oleh KPK. KPK mengalu-alukan minat mana-mana pihak untuk turut serta dalam penganjuran mana-mana aktiviti yang berkaitan dengan kerjasama KPK.KPK berhasrat menjadikan eko pelancungan sebagai satu sumber pendapatan sampingan. Dengan aset terdiri dari kawasan konsesi seluas 94 ribu hektar yang mengandungi sungai, gunung-ganang, air terjun, hidupan semula jadi yang kaya dan indah, ditambah dengan program pemuliharaan hutan yang komprehensif, pembalakan yang berimpak rendah terhadap alam sekitar, kemampuan pengurusan dan kakitangan menguruskan syarikat dan aktivitinya, KPK melangkah dengan penuh hati-hati kedalam bidang pelancongan untuk mempelbagaikan pendapatan selain mendapat manfaat sepenuhnya dari sumber yang ada.

 

eko eko1 eko2 eko3

eko4 eko5 eko6

 

LADANG KELAPA SAWIT (OIL PALM PLANTATION)

 

KPK yang sedang mengalami transformasi untuk mempelbagaikan aktiviti turut melihat perladangan kelapa sawit dan projek pertanian sebagai tambahan kepada aktiviti sekarang. Kertas kerja projek dirangka selain memberi pulangan hasil kepada KPK juga mengambil kira aspek alam sekitar dengan cuba membaik pulih kawasan yang telah rosak teruk dan memberi manfaat kepada masyarakat setempat yang antara lain dapat memberi peluang pekerjaan selain peningkatan infrastruktur. KPK sedang mengenalpasti beberapa tapak untuk dimajukan diseluruh negeri ini. KPK percaya dengan adanya projek-projek yang berdaya-maju dan mampu menjana hasil/pulangan kepada pelaburannya, ia tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada pembalakan untuk mengekalkan kewujudan dan daya saingnya.

 

sawit sawit1 sawit2 sawit3

LADANG HUTAN (FOREST PLANTATION)

 

Projek ini dirangka untuk menyertai program penghutanan semula di samping dapat menyediakan sumber bekalan kayu kepada kilang KPK yang sedia ada. Projek ini memberi pilihan tumpuan kepada KPK di samping mengkhususkan produk keluarannya di masa hadapan. KPK menyedari hakikat bahawa sumber asli kayu-kayan tidak akan mampu menampung keperluan industri di masa 10-15 tahun akan datang. Antara pilihan yang ada ialah dengan menanam sendiri hutan yang akan menghasilkan kayu-kayan. Beberapa tapak sedang dikenalpasti dan beberapa rakan kongsi untuk memajukan projek ini sedang dalam perundingan. Projek ini mungkin akan menumpukan kepada spesis cepat tumbuh (fast growing) seperti getah, jati dsbnya disamping kajian terus dijalankan untuk menghasilkan ladang bagi spesis asli (indigenous). KPK mengalu-alukan penyertaan pihak luar dan kajian/penyelidikan dalam menjayakan hasrat ini.

 

ladang ladang1 ladang2

 

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.