Aktiviti Perhutanan

POTONG SEMPADAN (BOUNDARY DEMARCATION)

1. Kerja-kerja menanda, mencuci dan pengesahan sempadan dibuat sebelum sesuatu kawasan dilesen dan diusahahasil.

 

2. Penandaan sempadan lesen bagi kawasan KPK dibuat dengan berasaskan point DGPS.

 

3. Sempadan lesen sentiasa diselenggarakan bagi memastikan tiada pencerobohan berlaku dan semakan Jabatan Perhutanan dapat dilakukan sepanjang masa.

ps ps1ps2 ps3

BANCIAN SEBELUM TEBANGAN ( PRE FELLING)

Inventori dibuat bagi menentukan had batas tebangan (HBT) bagi operasi pembalakan yang akan dilaksanakan.

 

Memastikan kawasan cukup dirian tinggal yang bakal diusaha hasil untuk pusingan kedua nanti.bc bc1 bc2 bc3 bc4

 

PENANDAAN POKOK (TIMBER TAGGING)

1. Proses penandaan pokok ditanda dengan mengambil kira HBT dan pasaran kayu sebelum ditebang.

 

2. Penandaan pokok-pokok mestilah mengikuti kreteria yang telah ditetapkan agar pokok tebangan benar-benar matang dan berpasaran.

 

3. Penandaan pokok induk seperti pokok perlindungan (buah-buahan/ yang jarang terdapat) sebagai kawalan terhadap keluaran hasil.

 

tg tg1 tg2

 

KELARIAN JALAN HUTAN (ROAD PLANNING)

1. Penandaan kelarian jalan di lapangan dan pemerosesan pelan dibuat oleh KPK sendiri.

 

2. Pelantikkan Jurutera Perunding yang bertanggung jawab menyelia kelarian jalan hutan.

 

3. Pengawasan yang ketat semasa pembinaan jalan tuju dibuat oleh pengawas bertugas.

 

4. Jambatan, parit tepian/lintang, bump dan lain-lain dibuat dengan mengambilkira pematuhan Spesifikasi Jalan Hutan Semenanjung Malaysia 1999 yang ditetapkan.

rp rp1 rp2 rp3 rp4

 

OPERASI PEMBALAKAN (LOGGING OPERATION)

Operasi pembalakan dijalankan dengan mematuhi kehendak-kehendak MC & I atas kesedaran yang tinggi terhadap impak alam sekitar seperti:

  • Kaedah tebangan berarah (directional felling).
  • Pemilihan pokok tebangan berdasarkan kepada analisa bancian sebelum tebangan (Pre-F).
  • Pembinaan jajaran jalan hutan mengikuti spesifikasi yang telah ditetapkan (Spesifikasi Jalan Hutan Semenanjung 1999).
  • Penandaan pokok dijalankan mengikut krateria yang ditetapkan.
  • Operasi pembalakan dijalankan dengan mengambil kira pusingan kedua di masa hadapan.
  • Rekod pengeluaran KPK berada di bawah tahap dibenarkan dengan menjalankan kerja tebangan yang sangat memilih bagi menentukan dirian tinggal mencukupi untuk kawasan tersebut pulih secara semulajadi.

lg lg1 lg2 lg3

 

TANAMAN KAWASAN LAPANG/TANAMAN MENGAYA/KERATAN AKAR

(TKL/ENRICHMENT PLANTING/CL)

1. Program pemuliharaan hutan bermula dengan TKL bagi semua kawasan yang sudah selesai kerja membalak.

 

2. TKL dijalankan bersekali dengan keratan akar (CL) jika perlu, dan tanaman mengaya (enrichment planting) bagi kawasan yang semulajadi miskin kandungan kayu atau mengalami kerosakan akibat pembalakan.

 

3. Proses menyelenggara dan menyulam tanaman dijalankan 6 bulan kemudian bagi memastikan kejayaan program.

 

tkl tkl1 tkl2 tkl3

 

(STATUS RAWATAN : TERPULIH/CL/TANAMAN MENGAYA)

(REHABILITATION STATUS : SELF REHABILITATION/CL/ENRICHMENT PLANTING)

Rawatan hutan bermula dengan bancian 100% yang dijalankan mengguna petak-petak berukuran 1 hektar persegi. Semua data-data dikumpulkan untuk dianalisis bagi melihat keperluan proses rawatan. Tanaman dari stok anak pokok yang berkualiti dan berbagai spesies yang dihasilkan sendiri di tapak semaian digunakan. Data-data komposisi pokok yang diperolehi dari data Pre-F digunakan untuk mengembalikan kawasan terlibat seperti kedudukan asal. Inventori 100% ini mengenalpasti kawasan hutan terlibat dengan berkesan dan menentukan kaedah dan jenis rawatan yang diperlukan. Rekod mengenainya akan disimpan dan menjadi rujukan untuk menentukan tumbesaran pokok dimasa akan datang.

sr sr1 sr2 sr3 sr4

 

PENYELENGGARAAN TKL (MAINTENANCE)

Kerja penyelenggaraan tanaman semula pada jarak waktu yang bersesuaian untuk menjamin daya hidup tanaman. Bagi anak-anak pokok yang gagal hidup, kerja menyulam akan dibuat. Rekod-rekod yang kemas mengandungi tarikh tanaman, jenis, bilangan, lokasi tanaman yang dibuat disimpan dengan kemas untuk rujukan.

 

ptkl ptkl1 ptkl2 ptkl4

 

BANCIAN SELEPAS TEBANGAN (POST-F)

Bagi mematuhi prosedur dan kehendak Jabatan Perhutanan Negeri, bancian ini perlu dijalankan selepas 2 tahun kerja pembalakan selesai untuk mengenal pasti kedudukan dirian tinggal dan keupayaan pulih secara semula jadi. Data-data inventori dan pelan stok diserah kepada pihak Jabatan Perhutanan bagi dianalisis dan ditentukan status rawatan yang relevan dengan kawasan tersebut.

pf pf1 pf2

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.