Lawatan Adun Kelantan Ke KPK Kg. Stong

Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Dewan Undangan Negeri Kelantan telah mengadakan lawatan ke Kilang KPK pada 17hb. Rabiul Awal 2003 bersamaan 19hb. Mei 2003. Lawatan ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Kemudahan Awam, Kebudayaan dan Pelancongan, YB. Hj. Abdullah Yaakob bersama seramai 26 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan diketuai oleh pengerusinya, YB Hj. Zulkifli Mamat serta setiausaha BBC, YB. Drs. Hj. Zainudin Awang Hamat. Rombongan ini tiba pada jam 11.00 pagi di pejabat Bahagian Perhutanan dan diberikan taklimat berkenaan KPK dan Operasinya oleh Pengurus Besar KPK, En. Che Abdullah Mat Nawi.

Kemudian rombongan ini dibawa melawat ke Kilang KPK merangkumi bahagian belahan, warehouse, KD, fingerjointing dan moulding. Rombongan seterusnya menunaikan solat Zohor di Surau Al Munibin sebelum menjamu hidangan tengahari yang disediakan. Rombongan kemudian dibawa berehat di rumah tamu KPK bagi mempersiapkan diri untuk perlawanan bolasepak persahabatan yang diadakan pada sebelah petang antara pasukan KPK dan pasukan ADUN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>