Lawatan Kerja Ke Keningau Kilning & Moulding Sdn. Bhd.

Pemprosesan kayu getah adalah merupakan salah satu aktiviti yang dicadangkan kepada Jawatankuasa Kecil Kajian Perancangan Strategik untuk diceburi oleh KPK bagi memaksimumkan penggunaan kemudahan mesin-mesin yang sedia ada di kilang KPK memandangkan kepada potensi belahan kayu getah yang dilihat mempunyai pasaran serta boleh memberikan keuntungan tambahan kepada syarikat.

Pada peringkat awal perancangan, kayu getah hanya akan diproses ke peringkat kayu gergaji berdasarkan permintaan dan jualan terus tanpa pemprosesan hiliran. Walau bagaimanapun pihak Lembaga Pengarah KPK telah mencadangkan pengurusan mengkaji kemungkinan meneruskan pemprosesan kayu getah sehingga ke peringkat hiliran. Sehubungan dengan itu pihak Lembaga menyarankan Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kajian Perancangan Strategik dan Pengurusan KPK mengadakan lawatan kerja ke kilang papan yang berkaitan.

Berikutan daripada itu, lawatan kerja ke sebuah kilang papan milik Keningau Kilning & Moulding Sdn. Bhd (KKM) yang terletak di Rimyasa, Keningau, Sabah pada 18 � 20hb. November 2003. Bertujuan mendapatkan gambaran tentang aktiviti pemprosesan kayu getah seperti perbandingan mesin, kualiti bahan mentah, produk dan pasaran. Rombongan ini diketuai oleh; Tn. Hj. Mohd Suhaimi Husin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Kajian Perancangan Strategik KPK dan dianggotai oleh En. Che Abdullah Mat Nawi (Ketua Pegawai Eksekutif KPK), En. Mohd Shah Mohamad (Pengurus Pemasaran), En. Mohd Ghazi Yaacob (Pengurus Operasi Kilang KPK) dan En. Wahab Abd. Razak (General Lumber/Perunding).

Lawatan kerja ini boleh dianggap berjaya bagi tujuan kajian awal berkenaan keperluan-keperluan pemprosesan kayu getah hingga ke peringkat hiliran bertepatan dengan hasrat KPK untuk mempelbagaikan aktivitinya.

Perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah gambaran sebenar tentang cara-cara pemprosesan kayu getah hingga ke peringkat hiliran. Keduanya adalah tambahan mesin seperti mesin laminating dan sanding. Ketiga,  keperluan kepada bekalan kayu yang mencukupi dan berterusan dalam menjamin pulangan kepada pelaburan yang dibuat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>