Projek Jejak Pusaka II

Program ini berlangsung pada 6 Sya’ban 1424H bersamaan 2hb. Oktober 2003 anjuran Persatuan Pelancongan Kelantan (KTA) dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan. Peserta terlibat terdiri daripada media dan juga agensi-agensi pelancongan dari seluruh negeri. Ia telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Mohd Azmi Razak, (Ketua Setiausaha Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia) bertempat di KPK Stong Hill Resort Kg. Jelawang, Kuala Krai Kelantan. Ini adalah julung kali program yang seumpama ini diadakan di KPK Stong Hill Resort semenjak pengurusannya diambil alih oleh Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn. Bhd. KPK telah menyediakan penginapan secara percuma kepada para peserta. Ketua Pegawai Eksekutif KPK, En. Che Abdullah Mat Nawi telah sudi menyampaikan cenderhati kepada semua peserta yang merupakan tanda mata daripada KPK Stong Hill Resort.

Para peserta telah menunjukkan minat yang amat mendalam terhadap KPK Stong Hill Resort serta memberi reaksi dengan mengemukakan cadangan-cadangan bernas semasa sesi ceramah Produk Eko Perlancongan yang telah disampaikan oleh YBRS. En. Che Abdullah Mat Nawi. Secara keseluruhannya, KPK telah berjaya mengambil peluang dari program ini untuk mempromosikan dan mengetengahkan KPK Stong Hill Resort kepada umum.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>