Rombongan Misi Pelaburan Ke Dubai Bersama Kerajaan Negeri dan PKINK

KPK telah menyertai misi pelaburan bersama Kerajaan Negeri Kelantan dan PKINK ke Dubai Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dengan diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPK, En. Che Abdullah Mat Nawi. Lawatan bermula 16-21hb. September 2003, ia dianggotai seramai 10 orang terdiri daripada Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Pengurusan PKINK dan wakil anak syarikat diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Tn. Hj. Hanifa Ahmad. Lawatan ini telah memberi peluang yang baik untuk berjumpa dengan pelanggan yang berminat mengimport kayu keluaran KPK.

Hasil daripada lawatan ini, KPK berjaya memperkenalkan dan mengetengahkan produk KPK ke pasaran Timur Tengah. Lawatan ini boleh dianggap sebagai serampang dua mata, selain mempromosikan KPK lawatan ini juga merupakan medan untuk bertukar pendapat dan menjalinkan kerjasama perniagaan yang strategik.

Ia juga merupakan kunjungan balas rakan perniagaan daripada Timur Tengah yang telah datang ke KPK dan selanjutnya mengujudkan ikatan perniagaan yang berterusan. KPK juga antara lainnya, telah berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan menembusi pasaran Timur Tengah dan seterusnya mempersiapkan diri untuk mengembangkan perniagaan ke pasaran global pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>