XPDC 4WD Jeli-Cameron Highland melalui Komsesi KPK

Program XPDC 4WD adalah sebagai printis dan merupakan yang julung dianjurkan dalam salah satu aktiviti Eko-Pelancongan. Ia telah disertai oleh 102 orang peserta dengan 32 buah kenderaan pancuan empat roda dari Penang Club 4WD Adventure.

Objektif program ini adalah sebagai pendedahan kepada KPK untuk mengendalikan acara ini seterusnya, mempromosi Eko-Pelancongan dan aktiviti lasak dengan menggunakan trek jalan pembalakan dan mendedahkan para peserta kepada aktiviti pembalakan mesra alam yang diamalkan oleh KPK.

Acara ini bermula pada 11hb. Julai 2003 dan berakhir pada 13hb. Julai 2003 bermula di KPK Stong Hill Resort seterusnya melalui Kem Meranto, Pos Pasik, Kem Bering, Pos Simpoh dan berakhir di Cameron Highland.

Hari pertama peserta tiba di KPK Stong Hill Resort 2.30 petang kemudian bertolak ke Kem Bering dengan melalui Kem Meranto dan Pos Pasik. Peserta tiba di Kem Bering pada pukul 9.40 malam dan bermalam di pinggir sungai Jenera.

Hari kedua peserta dipecah kepada dua bahagian samada melalui trek biasa dan melalui trek mencabar (hardcore). Bagi peserta yang mengikuti trek mencabar, kenderaan mestilah dalam keadaan baik dan lengkap dengan peralatan yang diperlukan. Kedua-dua kumpulan ini tiba di Pos Simpoh pada pukul 6.20 petang dan bermalam di sini. Pada malamnya majlis BBQ telah diadakan untuk peserta.

Hari ketiga, peserta bertolak ke destinasi terakhir iaitu ke Cameron Highland jam 8.30 pagi dan mereka semuanya selamat sampai pada pukul 2.00 petang.

Sebagai rumusan program / aktiviti yang julung diadakan ini, pihak KPK telah berjaya mengendalinya dengan begitu berkesan dan mendapat pujian dari pihak peserta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>