Sumbangan Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli Di Pos Bering

Pada 6hb. Januari 2010 KPK telah menyampaikan sumbangan makanan kepada masyarakat Orang Asli bertempat di Perkampungan Orang Asli di Pos Bering. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar KPK, En. Nik Mohd Kamal Nik Mahmud. Turut menjayakan program ini ialah Pengurus-pengurus Bahagian, Pegawai dan beberapa orang kakitangan KPK.

Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak KPK dan masyarakat luar khususnya masyarakat orang asli. Bantuan kemasyarakatan ini dapat membantu dan seterusnya meringankan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat orang asli di Pos Bering. Seramai 26 keluarga telah diberi bantuan makanan dan mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat orang asli di situ. Program ini boleh dianggap sebagai asas kepada pengukuhan kerjasama antara masyarakat orang asli dan pihak KPK.

Melalui ucapan Pengurus Besar KPK dalam majlis tersebut, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Orang Asli diatas bantuan dan pertolongan yang mereka berikan semasa membuat kerja-kerja di kawasan pembalakan KPK. Semoga kerjasama akan terus terjalin bagi melahirkan sifat tolong-menolong diantara kedua-dua pihak.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>