Majlis Hari Raya Aidil Fitri

Majlis ini telah diadakan pada 15hb. Oktober 2009 bersamaan 26 Syawal 1430H bertempat di perkarangan surau KPK Kg. Stong. Majlis ini berlangsung dengan penuh kemeriahan dengan kehadiran Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah KPK, Kakitangan & Ahli Keluarga KPK dan Penduduk setempat. Jamuan berkonsepkan gerai dengan pelbagai hidangan dan kuih muih Hari Raya yang diselia oleh Bahagian masing-masing. Disamping diadakan majlis penyampaian duit Hari Raya kepada kanak-kanak dari keluarga KPK dan peduduk setempat yang disampaikan oleh Pengerusi KPK, YB. Hj. Zulkifli Mamat. Suasana Hari Raya pada kali ini berlangsung dengan penuh kemeriahan kerana semua kakitangan teleh ditempatkan di Pejabat KPK Kg. Stong. Diucapkan Selamat Hari Raya Adil Fetri dan Maaf Zahir Batin kepada semua kakitangan KPK dan Orang Kampung yang telah menjayakan Majlis Hari Raya tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>