Kursus Bina Insan

Kursus ini telah diadakan pada 5-7hb. Mac 2009 untuk kumpulan pertama dan 16-18hb Oktober 2009 untuk kumpulan kedua bertempat di Bukit Fraser, Pahang yang dianjurkan oleh Bahagian Sumber Manusia dan Pentadbiran KPK. Kursus ini dikendalikan oleh Syarikat Perunding Motivasi – Silver Events & Training dari Kuala Lumpur. Bertujuan untuk mendedahkan kepada kakitangan KPK tentang pentingnya semangat berpasukan dan meningkatkan motivasi kerja bagi mencapai objektif dan kejayaan syarikat. Pelbagai aktiviti diadakan secara berkumpulan pada siang hari hingga ke waktu malam. Semua aktiviti dijalankan dengan penuh kecerian dan semangat berpasukan. Pada hari terakhir diadakan penyampaian sijil penyertaan kepada semua peserta sebagai komitmen diatas kehadiran dan tugasan/aktiviti yang telah dibuat dengan jayanya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>