Solat Hajat Sempena Perpindahan Pejabat KPK Kota Bharu Ke Pejabat KPK Kg. Stong

Solat hajat ini telah diadakan pada 1hb. April 2009 bertempat di Surau KPK Kg. Stong Kuala Krai yang di imani oleh Ustaz Hj. Husin dari Pondok Lubuk Tapah Pasir Mas. Ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Pengerusi KPK, YB Hj. Zulkifli Mamat, pesanan beliau supaya semua kakitangan yang ada dapat bekerjasama dan bersungguh-sungguh menjalankan tugas demi untuk kejayaan syarikat. Manakala semua pengurus yang baru atau yang lama hendaklah bersatu hati dan berganding bahu serta bersama-sama memikirkan untuk memajukan syarikat sehingga boleh memcapai keuntungan. Sebagai simbolik Pengerusi KPK menyampaikan sebuah raha kepada Pengurus Besar KPK sebagai tanda untuk memajukan dan menpergiat perniagaan hiliran bagi menghasilkan pelbagai komponen perabut. Semoga KPK beroleh kejayaan pada tahun ini dan juga tahun-tahun ke hadapan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>