Perlawanan Persahabatan Futsal Antara KPK Dengan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat

Perlawanan futsal telah diadakan pada 15hb. Ogos 2007, bertempat di gelenggang futsal Pasir Mas. Perlawanan adalah bertujuan untuk mengeratkan lagi kerjasama dan silaturahim disamping dapat beramah mesra dan bertukar-tukar pandangan sambil bersukan. Turat hadir pada hari tersebut ialah Pegawai Hutan Jajahan, Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat, Tuan Hj. Radzi bin Jamaluddin dan Pengurus Besar KPK, En. Nik Mohd Kamal bin Nik Mahmud. Selepas perlawanan, kedua-duanya bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda kenangan. Perlawanan ini telah dimenangi oleh Pasukan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat. Tahniah diucapkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>