Kursus Kepimpinan dan Pembinaan Pasukan Berkesan

Kursus ini telah diadakan pada 23-25hb. Ogos 2007 bertempat di HB Village Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu Kelantan. Ianya disertai oleh 32 orang peserta yang terdiri daripada kumpulan B,C dan D. Kursus ini meliputi ceramah motivasi, latihan dalam kumpulan, kuliah agama dan bersukan. Tujuan ia diadakan adalah untuk meningkatkan semangat motivasi, bekerja secara berkumpulan, silaturahim, perbentukan modal ihsan, siasiah dan displin diri. Kursus ini telah dirasmikan oleh Pengurus Besar KPK sendiri, En. Nik Mohd Kamal Nik Mahmud. Kursus ini dikendali oleh Syarikat ABE Consulting Group Sdn Bhd yang diketuai oleh En. Che Abdullah Mat Nawi, bekas Ketua Pegawai Eksekutif KPK. Sepanjang kursus ini, semua peserta nampak ceria dan bersemangat mengikuti setiap program yang telah dijalankan. Pada keseluruhan kursus ini telah berjaya membina semangat berpasukan dan kepimpinan secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu kerja dan produktiviti pekerja itu sendiri malahan juga kepada syarikat. Semua peserta kursus diberikan sijil sebagai tanda komitmen menghadiri kursus tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>