Hari Keluarga KPK

Majlis Hari Keluarga KPK telah diadakan pada 7hb. April 2006 bertempat di Perdana Resort Kota Bharu anjuran Kelab Sukan & Kebajikan KPK. Acara bermula pada pukul 2.30 petang dengan pendaftaran kakitangan dan ahli keluarga manakala sebelah malam diadakan jamuan makan. Pada majlis makan malam, pengerusi Kelab Sukan & Kebajikan telah menyampaikan alu-aluan kepada semua kakitangan dan ahli keluarga kemudian dirasmikan oleh Pengarah Urusan KPK, Tuan Haji Mohd Fadzli Ab. Samat. Bagi Memeriahkan lagi acara pada malam tersebut telah diadakan persembahan Dikir Barat, pertunjukan fesyen oleh kanak-kanak dan diselang seli dengan cabutan bertuah untuk kakitangan. Bagi acara kemuncak pada malam tersebut ialah penyampaian anugerah khidmat lama kepada kakitangan yang berkhidmat melebihi 20 tahun. Sumbangan ini adalah bagi mengenang jasa dan khidmat kakitangan tersebut kepada syarikat. Pada keesokan pagi, acara sukaneka untuk kakitangan dan ahli keluarga diadakan di tepi pantai Perdana Resort. Pelbagai sukaneka diadakan untuk kanak-kanak sehingga orang dewasa.

Acara ini diadakan dengan penuh kemeriahan dan kegembiraan berserta dengan pemberian hadiah di atas penyertaan dan kerjasama yang mereka berikan. Acara sukaneka ini berakhir pada waktu tengah hari kemudian majlis hari keluarga ditutup oleh ucapan daripada Pengarah Urusan. Selepas makan tengah hari, semua kakitangan dan ahli keluarga berkemas untuk pulang ke destinasi masing-masing. Semoga Hari Keluarga ini dapat memupuk silaturahim dan kemesraan di kalangan kakitangan dan keluarga KPK sambil berehat serta beriadah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>