MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS BANDAR BARU DABONG & PERASMIAN PEJABAT KPK

  1. MAJLIS PERLETAKAN BATU ASAS BANDAR BARU DABONG & PERASMIAN PEJABAT KPK DIADAKAN PADA 22 ZULKAEDAH 1433H BERSAMAAN 8HB. OKTOBER 2012 BERTEMPAT PERKARANGAN PEJABAT KPK KG STONG, KEMUBU, KUALA KRAI, KELANTAN.

 

DIRASMIKAN OLEH YAB TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA HJ. NIK ABDUL AZIZ HJ. NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN

 

Bandar Baru Dabong merupakan projek pertama yang akan diusahakan oleh KPK diatas tanah berkeluasan 45.567 Hektar. Kompenan keseluruhan cadangan projek ini merangkumi 426 unit dengan pecahan seperti berikut:

 

  • 48 unit Rumah Teres 1  tingkat (Kos Sederhana Rendah)
  • 196 unit Rumah Teres 1 tingkat (Kos Sederhana)
  • 56 unit Rumah Berkembar 1 tingkat
  • 106 unit Rumah Banglo 1 tingkat
  • 20 unit Rumah Kedai 2 tingkat

 

Comments Closed

Comments are closed. You will not be able to post a comment in this post.