Penubuhan Kelab Sukan & Kebajikan KPKSB

Penubuhan ini adalah merupakan keprihatinan syarikat bagi meneruskan sumbangan kebajikan kepada kakitangan dan untuk menjalankan aktiviti sukan supaya kakitangan dapat beriadah dan bagi mengeratkan silaturahim di antara satu sama lain. Penubuhan ini dibuat melalui satu mesyuarat khas bagi memilih pengerusi dan ahli jawatankuasanya untuk menggerakkan dan mentadbir kelab tersebut. Mesyuarat ini telah diadakan pada 16hb. April 2005 bertempat di dewan selayang Perdana Resort Kota Bharu. Dimulakan dengan pendaftaran ahli kelab kemudian dirasmikan oleh Pengarah Urusan KPK merangkap Penasihat Kelab, Tuan Hj Mohd Fadzli bin Ab. Samat. Selepas pengundian selesai dijalankan En Mohd Hafiz Arshad dinobatkan sebagai Pengerusi Kelab yang pertama dan dianggotai oleh Jawatankuasa yang dilantik oleh ahli kelab. Selamat berjaya dan selamat menjalankan tugas yang diamanahkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>