Sumbangan Makanan Kepada Masyarakat Orang Asli Di Pos Bering

Pada 24 Februari 2004 bersamaan 3 Muharam 1425 Hijrah, KPK telah menyampaikan sumbangan makanan kepada masyarakat Orang Asli bertempat di perkampungan orang asli di Pos Bering. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KPK, En. Che Abdullah Mat Nawi. Turut menjayakan program ini ialah Pengurus Perhutanan, pegawai dan beberapa orang kakitangan KPK.
Objektif utama program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara pihak KPK dan masyarakat luar khususnya masyarakat orang asli. Bantuan kemasyarakatan ini dapat membantu dan seterusnya meringankan bebanan yang ditanggung oleh masyarakat orang asli di Pos Bering. Seramai 26 keluarga telah diberi bantuan makanan ini serta mendapat sambutan yang mengalakkan daripada masyarakat orang asli di situ. Program ini boleh dianggap sebagai asas kepada pengukuhan kerjasama antara masyarakat orang asli dan pihak KPK.


Melalui ucapan Ketua Pegawai Eksekutif KPK dalam majlis tersebut, beliau menyarankan supaya program seumpama ini sentiasa dianjurkan dengan lebih baik dan tidak hanya lenyap begitu sahaja.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>