Lawatan MC & I Ke Konsesi KPK

Pada 3hb Februari 2004, pasukan penilai dari MC&I yang turut disertai oleh beberapa orang pegawai dari Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah membuat lawatan ke kawasan konsesi KPK. Program lawatan ini adalah susulan dari lawatan terdahulu ke Negeri Kelantan sebagai pemerhati dan penilai kepada pemakaian sistem pengurusan hutan yang sedang diamalkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan.

KPK adalah merupakan pemegang konsesi terbesar di dalam Negeri Kelantan dan salah satu pelesen di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Barat telah terpilih untuk lawatan mereka. Lokasi yang terlibat dalam lawatan tersebut adalah sebahagian jalan sekunder dalam konsesi, Kompatmen 175 (tanaman kawasan lapang), Kompatmen 197 (plot contoh bagi kerja bancian dirian tinggal yang dibuat oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan) dan Kompatmen 174 (kerja membalak) di dalam Hutan Simpan Balah.

Sehari sebelum itu, anggota ini telah melawat beberapa kawasan lesen membalak di bawah pentadbiran Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Timur dan Pejabat Hutan Jajahan Kelantan Selatan.

KPK sentiasa melipatgandakan usaha kearah pematuhan kepada syarat-syarat yang digariskan di bawah MC&I. Program ini turut disertai oleh Pengurus Perhutanan KPK dan Kakitangan Bahagian Perhutanan yang sentiasa mengiringi sepanjang lawatan tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>